
Sulit
5 tahun
Masalah vagina gatal
Saya berumur 24tahun. Saya baru2 ini pergi ke klinik sakit puan kerana mngalami masalah kencing kotor dan jangkitan kulat vagina yg tak teruk dan sedikit sahaja. Sy telah diberi ubat candid-v3. Saya dah dua hari guna ubat candid-v3 suppusitory yg masuk ikut vagina tu,bila esok pagi nya keluar putih2 iaitu ubat tersebut yg telah hancur dri vagina saya dan saya rasa agak gatal apabila putih2 itu keluar. Ada kah ia normal disebabkan tindak balas penggunaan ubat tersebut atau itu adalah komplikasi yg merbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di kemaluan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.