
Sulit
5 tahun
Masalah vagina mempunyai jangkitan
Hi sy bru 22 thn sdh brkhwin mempunyai seorng ank 3thn lebih.masa ank sy 2 tahun sy mengalami skt pada kemalauan dan kerap kencing selain itu jga bla sy duduk or berjalan sy akan merasakan sakit pada kemaluan at dan keputihan sy jga ada darah…bila keputihan sy keluar sy merasakan sakit dan rasa mhu beranak mhu menaran.sy sdh pergi klnik n hosptl cuma sy blm sembuh2…apa ka ini blh sembuh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah keputihan berdarah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan - sekiranya ada melakukan persetubuhan tanpa perlindungan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.