
nrlaty98
5 tahun
Masalah wanita - keputihan keluar banyak dan berketul
Hi, saya mengalami masalah keputihan yang selalu keluar dan berketul. Pada awal, berwarna putih tetapi makin lama sedikit kekuningan dan gatal pada alat sulit. Saya tiada masalah membuang air kecil dan keputihan tersebut tidak berbau. Saya pernah membuat hubungan seks tanpa condom. Saya ada membuat sedikit carian di internet Adakah ia disebabkan oleh yeast infection atau trichomonas? Kawan saya mencadangkan saya untuk makan ubat metronidazole. Boleh ke saya makan ubat tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan dan bau yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Rawatan yang sahabat anda cadangkan ialah antibiotik. Kita tidak mempunyai maklumat lengkap samada anda dijangkiti kuman atau virus atau kulat, Maka, jangan ambil rawatan tanpa punca masalah anda disahkan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.