
Anonymous
6 tahun
Masalah wanita : period tidak teratur
Hi doktor… Saya berumur 26 tahun dan mempunyai seorang anak… Sebelum dan selepas setahun melahirkan anak, period saya regular… Selepas berhenti breastfeeding anak semasa dia berumur 2 tahun 3 bulan, berat naik mendadak dan period tidak teratur. Sekarang anak berumur 4 tahun, saya dah cuba bersenam dan diet untuk turunkan berat badan supaya berada di paras BMI normal… Namun berat masih statik… (Berat:64kg, tinggi:155cm)
Saya tidak pernah mengambil sebarang perancang kehamilan yang mempunyai hormon kecuali noristhene digunakan semasa ke umrah… Saya merancang untuk mengandung… Adakah saya menghidap PCOS?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!