
Sulit
3 tahun
Masalah zakar kurang tegang dan tidak mampu ereksi dgn baik
Saya lelaki berumur 30 tahun…mempunyai masalah zakar kurang tegang, apakah masalah yg saya telah hadapi ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, berdasarkan definisi, mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mengetahui punca serta rawatan kepada masalah yang anda hadapi dengan tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah