
Sulit
4 tahun
Masih loya pening badan letih lepas but d& c
Saya berumur 35 tahun ini Kali me tiga Saya mengalami keguguran Dan i terus buat d&c sudah 16 hari…i pergi clinic ckp dia org check upt masih positive ,i rasa pening ,mual badan letih adakah INI menunjukkan tanda bahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan menggunakan hormon yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadotropin (hCG) yang boleh dijumpai dalam air kencing. Selepas keguguran, kadar hCG akan kembali normal (kurang daripada 5mIU/L) sekitar 4 - 6 minggu selepas keguguran.
Disebabkan ujian kehamilan sekarang sangat sensitif, kadar hCG yang kecil mampu memberikan hasil yang positif. Anda mungkin juga dapat merasakan simptom-simptom kehamilan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung bersama doktor kami secara terima kasih untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.