Ismail

5 tahun

Masih muda sudah mati pucuk

Hi doktor. Saya seorang pemuda berumur 24 tahun dan saya mengalami simptom mati pucuk. Tolong saya.

Hai, terima kasih atas soalan anda. Mari kita dalami apakah yang dikatakan sebagai mati pucuk. Mati pucuk mempunyai tiga kategori yang utama. Kesukaran untuk mendapatkan ereksi, kesukaran untuk mengekalkan ereksi dan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual.

Ianya melibatkan beberapa sistem utama di dalam badan seperti sistem saraf, sistem kardiovaskular serta keseimbangan hormon. Kebiasannya mati pucuk boleh berlaku apabila salah satu atau kesemua sistem-sistem yang telibat ini mempunyai masalah. Oleh sebab itu, sakit jantung, darah tinggi, kolestrol tinggi, obesiti, penyakit Parkinson, multiple sclerosis, merokok, penyalahgunaan dadah dan komplikasi pembedahan boleh menyebabkan mati pucuk.

Selain daripada masalah perubatan, kesihatan mental dan psikologi juga turut boleh memberikan kesan terhadap seseorang seperti perasaan gemuruh ketika bersama pasangan, tekanan perasaaan, masalh di dalam perhubungan dan perasaan rasa bersalah boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Mati pucuk juga boleh berlaku disebabkan oleh kesan sampingan oleh ubat-ubatan yang diambil.

Seseorang itu haruslah diperiksa dahulu oleh seorang doktor agar diagosis yang betul dicapai dahulu sebelum apa-apa rawatan dimulakan. Harap jawapan ini membantu saudara. Sekian, terima kasih.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih atas soalan anda.

Kebiasaannya, masalah ini dihadapi oleh golongan lelaki berumur lebih 40 tahun atau bermula pada umur tersebut. Namun, ia tidak mustahil untuk berlaku kepada golongan yang lebih muda.

Dalam kebanyakan golongan lelaki muda yang mengalami masalah mati pucuk adalah disebabkan kebimbangan terhadap prestasi ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan atau terlalu bimbang untuk mengekalkan ketegangan batang zakar. Namun begitu kemungkinan masalah lain yang menyumbang kepada keadaan ini tidak boleh dipandang ringan. Sebagai contoh, pemuda yang mengalami masalah ini berkemungkinan mengalami masalah gangguan mental seperti kemurungan atau skizofrenia.

Selain itu abnormaliti pada organ seksual iaitu batang zakar seperti kecacatan pada bentuk zakar atau permukaan kulit zakar turut boleh mengakibatkan masalah ini timbul pada usia muda. Masalah lain yang mungkin berlaku adalah jika seseorang itu mengalami kecederaan pada tulang belakang, kerosakan salur darah atau saraf, atau disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat untuk masalah kemurungan.

Bagi memastikan anda mendapat rawatan yang tepat, punca masalah anda harus dikenal pasti. Oleh itu anda disarankan berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)