
Dani
6 tahun
Masih sakit walaupun telah ambil antibiotik untuk jangkitan kelamin
Salam and hi … Saya suspect dpt penyakit kelamin … So diorg dh inject antibiotik and dh bg antibiotik … But saya tetap rasa sakit di bawah perut, pinggang dah susah nk buang air besar … Sakit tu sakit sgt smpai takboleh bgun … Mcm mn ye

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih untuk soalan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik.
Sebelum saya menjawab soalan anda, boleh saya mengetahui apakah jenis antibiotik yang digunakan oleh doktor anda? Anda juga telah menyatakan bahawa anda mensyaki anda mengalami penyakit kelamin, boleh anda terangkan keadaan anda? Adakah anda mengalami sakit semasa mengencing?
Adakah anda mengalami pengeluaran nanah atau cecair yang berbau busuk daripada bahagian kelamin anda? Untuk menjawab soalan anda, anda mengalami Pelvic Inflammatory Disease(PID), ia adalah jangkitan organ reproduktif. Jangkitan seperti gonorrhea dan klamidia boleh menyebabkan masalah ini. Jangkitan ini boleh menular ke organ reproduktif daripada vagina sekiranya anda tidak merawat jangkitan tersebut dengan effektif.
Gonorrhea disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae manakala klamidia disebabkan oleh Chlamydia trachomatis. Kedua- dua jangkitan ini boleh tersebar melalui hubungan seksual yang tidak selamat dan anda menjalinkan hubungan seksual dengan beberapa orang. Gonorrhea boleh dirawat dengan antibiotik seperti azithromycin atau ceftriaxone manakala klamidia boleh dirawat dengan antibiotik seperti azithomycin dan doxycycline. Pelvic Inflammatory Disease(PID) boleh menyebabkan sakit pada bahagian bawah perut dan pinggang. Ini boleh menyebabkan melukakan organ reproduktif anda dan anda boleh terasa sakit semasa menjalinkan hubungan seksual.
Penyakit ini juga boleh menyebabkan keguguran anak dan memyebabkan ketidakupayaan untuk hamil. Selain itu, anda juga boleh mengalami “tubo-ovarian abscess’, nanah dalam organ reproduksi yang boleh menyebabkan ancaman pada diri anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera supaya anda boleh mendapat rawatan yang secukupnya.

6 tahun
Salam sejahtera. Berdasarkan maklumat di atas, anda telah dijangkiti penyakit kelamin dan telah menerima rawatan. Namun, anda masih rasa sakit di bahagian abdomen dan sembelit. Saya akan membincangkan tentang penyakit kelamin atau lebih dikenali umum sebagai STD iaitu Sexually Transmitted Diseases. Penyakit sifilis, chlamydia, gonorrea dan juga herpes boleh menyebabkan masalah ini.
Sifilis merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Terdapat beberapa simptom sifilis. Antaranya, sensasi terbakar semasa kencing dan sakit di bahagian bawah perut. Jangkitan chlamydia pula merebak melalui organ-organ reproduktif dan boleh menyebabkan masalah yang serius. Chlamydia boleh merebak kerektum, rongga vagina dan tekak. Herpes type-2 sering dirujuk kepada jangkitan genital dengan herpes. Herpes merebak melalui hubungan seksual. Virus ini masuk melalui kulit di dan bergerak melalui urat saraf dan hanya muncul dari semasa ke semasa dalam bentuk ruam. Selepas ia muncul beberapa kali, virus menjadi lebih kuat.
Satu lagi kemungkinan yang anda hadapi ialah komplikasi penyakit kelamin itu sendiri iaitu penyakit radang pelvis ataupun lebih dikenali sebagai Pelvic Inflammatory Disease (PID). Ia berlaku lebih kerap dalam kalangan wanita yang aktif secara seksual dan wanita yang memakai alat intra-uterine (IUD). Biasanya radang ini menyerang tiub fallopian serta abdomen menyebabkan peritonitis iaitu jangkitan peritoneum yang terletak di dalam abdomen.