
Sulit
3 tahun
Masih selesema lepas 13 hari kuarantin covid
Hi doctor, adik saya positive covid pada 28/5 dan telah selesai kuarantin 6/6. tetapi masih mempunyai simptom selesema dan rasa nyilu di hidung. hingus berwarna hijau. adakah itu normal dan digelar sebagai post @ long covid? mohon pencerahan dari doktor. terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala selsema, ngilu hidung yang disertai hingus berwarna hijau yang dialami oleh adik anda setelah menyelesaikan kurantin selama 10 hari. Anda juga ingin mengetahui sekiranya ia berhubungkait dengan kondisi post @ long COVID. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, long COVID syndrome merupakan kumpulan gejala yang dapat ditemukan pada individu yang pernah dijangkiti virus COVID19. Antaranya termasuk
- lemah badan
- sakit dada
- susah memberikan fokus
- pening atau sakit kepala
Namun begitu, WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Sekiranya gejala-gejala tersebut dialami oleh individu dengan sejarah positif COVID19 yang telah menyelesaikan kuarantin, ia boleh disebabkan perkara yag serius seperti
- jangkitan COVID19 yang masih aktif
- jangkitan semula (atau kali kedua) kepada COVID19
- jangkitan virus atau bakteria lain yang memberikan gejala yang hampir sama
Selain itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Justeru itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini