
Sulit
4 tahun
Masrungsing berkaitan adakah kehamilan boleh berlaku disebabkan air mani di jari
Saya telah melancap kemaluan suami saya…selepas air maninya terkena di tangan, saya mencuci secara tidak sempurna…selepas itu saya ke tandas untuk membuang air kecil…saya menyapu dan menjolok kemaluan saya…adakah boleh menyebabkan saya hamil?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan anda.Hubungan antara suami dengan isteri adalah amat penting untuk dijaga demi keharmonian rumah tangga.
Secara umumnya, setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata atau anak mereka sendiri. . Terdapat risiko tetapi amat rendah sekiranya jari puan yang masih terdapat air mani termasuk ke faraj puan. Puan juga sudah membasuh tangan dan sebarang aktiviti seksual tidak berlaku.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Puan juga boleh berhubung dengan doktor pakar jika ingin maklumat lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.