
Mydhia47
5 tahun
Masuk hari ke 4 Ulu hati berdenyut
Sy ana ,umur 38. Masalah sy kat ulu hati tak berhenti berdenyut2 buat sy betul2 tak selesa.ada masa2 ada terasa sakit tapi tak selalu. Denyutan ni kalau pegang boleh rasa kuat dan laju denyut tu dlm masa yg lama…tengok sahaja,tak pegang pun boleh nampak di bahagian ulu hati sy berdenyut2…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Saluran darah aorta yang membengkak (aortic aneurysm)
- Ketidakhadaman
- Ritma jantung yang tidak sekata (arrythmia)
- Saluran perut atau usus yang tersumbat
- Saluran hempedu yang berdenyut (biliary colic)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.