
faieda61311
5 tahun
Masuk tiub air kencing boleh tak
Hello dr… sy brumur 24 tahun…
Saya ada masalah air kencing… kalau sy tidak minum air masak nnti saya tidak boleh kencing … sebab dalam pundi kencing saya dah tiada air … apa patut saya buat??boleh tidak sy pakai tiub kencing???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah tidak dapat kencing ini boleh disebabkan faktor seperti dehidrasi, jurang minum air, masalah saraf pundi kencing ataupun kesan ubat seperti ubat yang mengandungi opiod.
Memasukkan tiub kencing ke dalam saluran/pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman jika tidak dilakukan dengan teknik yang betul dan bersih. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.