
Sulit
4 tahun
Masukkan air paip ke lubang rektum
Selalunya saya akan memasukkan air paip dalam lubang rektum untuk membersihkan najis-najis yang tertinggal. Adakah selamat jika saya berbuat demikian ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Jika memasukkan air yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan water spray anda perlu berhati-hati kerana dikhuatirkan air yang terlalu laju boleh:
- mencederakan / melukakan kawasan kulit kelamin dan anus anda
- menghalang dari najis keluar sepenuhnya
Selain dari itu, anda juga perlu memahami untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman) - bagi wanita
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Ini adalah untuk memastikan anda dapat menghindari penyakit jangkitan kuman di saluran kencing dan usus.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.