
Sulit
5 tahun
Mata ada tompok koko dan gatal
Hello doktor saya sudah tahu mata gatal sebab alergik dan saya nak tanya ubat apa yang perlu saya ambil untuk hilangkan rasa kegatalan di mata dan tompok moko ni ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mata gatal yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam mata
- Alahan mata - seperti pada debu atau produk pembersih
- Masalah rabu/astigmatism
- Glaukoma - sekiranya anda mempunyai faktor risiko seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.