
Sulit
3 tahun
Mata bahagian atas sebelah kiri terasa tidak selesa
Bahagian dalam mata atas belah kiri saya terasa tidak selesa… Bila sy letak eyemo terasa pedih dan mata kiri sy tak boleh dengan cahaya lampu,sy tgk hp dgn sblah mata dan letak kain yg nipis atas mata kiri… Knp ye? Bru hari ni jadi…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Konjunktivitis
- Alahan
- Mata Kering
- Kecederaan pada mata
- Jangkitan mata
- Uveitis
- Ulser Kornea
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.