
Sulit
4 tahun
Mata bayi bengkak
Semalam bengkak, hari ni dah jadi macam kudis… Taktau kena gigit dengan apa… Apa yg perlu syaa buat? Perlu bawak pergi hosptal ka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit ataupun bengkak mata pada bayi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Viral conjunctivitis akibat jangkitan virus, tiada ubat
- Conjunctivitis bakteria.
- Cairan normal yang sering disebabkan iritasi seperti garu dengan tangan
- Salur air mata yang tersekat.
- Benda asing dalam mata
Selain dari pengubatan, anda juga boleh melakukan hal berikut untuk mengurangkan masalah ini daripada berlaku dimasa akan datang :
- Menyapu ia dengan air suam
- Sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh mata
- Elakkan menggaru atau menenyeh mata terlalu
sering
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Memandangkan gejala ini telah bermula sejak semalam, dikhuatiri dapat menganggu keselesaan bayi. Justeru kami nasihatkan anda untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.