
Sulit
3 tahun
Mata bengkak akibat alahan ubat tahan sakit
Saya azim umur 23 thn,saya mengalami alahan selepas makan ubat tahan sakit synflex naproxen sodium 550mg,skg mata saya sgt bengkak dan saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai gejala mata bengkak yang anda alami. Berdasarkan keterangan anda bahawa anda mengalami masalah ini selepas pengambilan ubat tahan sakit, berkemungkinan besar ia diakibatkan oleh reaksi alahan.
Akan tetapi, secara umum, masalah mata bengkak yang anda alami boleh diakibatkan oleh beberapa perkara serius yang lain seperti:
- Jangkitan kuman
- Keradangan
Nasihat saya, sebelum anda mengambil ubat tahan sakit anda dinasihatkan untuk merujuk dahulu kepada ahli farmasi atauk doktor. Dan sekiranya, gejala anda semakin parah atau berlanjutan selepas anda mengambil ubat tersebut seperti sesak nafas dan gatal, anda disarankan untuk pergi ke hospital dengan segera.
Anda juga disarankan untuk menghubungi doktor bertauliah kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat mengenai masalah mata bengkak anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah mata bengkak? Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.