
Anonymous
5 tahun
Mata bengkak dan berair
Mata saya bengkak & berair. Saya tak dapat tidur kerana mata gatal & sekarang telah bengkak & berair. Ada cara tak untuk kurangkan rasa bengkak & berair.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan akibat bakteria , virus ataupun kulat
Alahan
Kecederaan pada mata
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.