
Sulit
4 tahun
Mata bengkak dan gatal
Hi doctor. Normal ke bila mata bengkak dan gatal, kita akan rasa pening dan mual? Mata saya baru pulih dari bengkak 2hari lepas, tapi nampaknya macam nak menjadi balik bengkak tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, masalah mata bengkak dan gatal yang disampingi kepeningan dan perasaan mual mungkin boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Pada pendapat kami, mata yang bengkak boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, keradangan atau alahan yang boleh terkena pada kelopak mata atau kelenjar mata serta ruangan soket mata. Mata bengkak juga boleh disebabkan penyakit organ lain seperti penyakit tiroid (Grave’s Disease).
Mengenai masalah pening dan mual, ia mungkin boleh disebabkan oleh penglihatan anda yang terganggu akibat mata yang bengkak sehingga menyebabkan sakit kepala dan sebagainya. Ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman dan merupakan simptom yang umum untuk mana-mana jangkitan yang terkena pada bahagian kepala atau muka.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan kami ingin nasihatkan untuk menjaga kebersihan diri, elakkan makan makanan tambaha sementara waktu, serta mengamalkan makan makanan yang mengandungi vitamin yang tinggi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.