abdullatipsalleh82
4 tahun
Mata bengkak dan kelopak mata terasa sakit
Saya lelaki berumur 37 tahun. Semalam mata saya tiba2 bengkak dan sakit di kelopak mata kiri selepas saya bangun dari tidur…sampai skrg masih bengkak dan sakit.boleh doktor nyata kan kenapa ini terjadi.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gigitan serangga
- alahan pada ubat-ubatan
- trauma
- jangkitan kuman orbital cellulitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.