Sulit
3 tahun
Mata bengkak dan sakit
mata saya bengkak dan sakit akibat jatuh tangga
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata bengkak. Namun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Bagaimanapun, sekiranya mata yang bengkak terjadi setelah trauma jatuh tangga, pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Secara umum, mata yang bengkak boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, keradangan atau alahan yang boleh terkena pada kelopak mata atau kelenjar mata serta ruangan soket mata. Selain itu, mata bengkak juga boleh disebabkan penyakit organ lain seperti penyakit tiroid (Grave’s Disease).
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan kami ingin nasihatkan untuk menjaga kebersihan diri, elakkan makan makanan tambahan sementara waktu, serta mengamalkan makan makanan yang mengandungi vitamin yang tinggi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.