Sulit
5 tahun
Mata berair dan merah selepas bangun tidur
Saya perempuan berumur 19 tahun.Selepas saya bangun dari tidur petang tadi mata kanan saya berair dan keluar air mata. Selain itu mata kanan saya juga merah. Adakah ini disebabkan panas dalam tubuh badan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan yang diberi.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat dan anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat mata merah:
- Konjunktivitis
- Selulitis di bahagian mata
- Alahan
- Pemakaian kanta lekap (contact lenses)
- Mata kering
- Jangkitan mata
- Glaukoma
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.





























