
Sulit
3 tahun
Mata berair dan merah
Saya wanita berusia 23 tahun, sejak kebelakangan ini mata saya kerap kali berair dan merah kerana terdapat lendir kecil yang berada dibawah kelopak mata. Kebiasaannya berlaku setelah bangun tidur pagi. Boleh saya tahu apakah itu ? adakah ia berkait rapat dengan resdung dan adakah ia berbahaya ? Dan bagaimana untuk menghilangkannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, “tahi mata” pada awal pagi adalah normal. Ia disebabkan penghasilan lendir yang melampau dan tidak mengalir ke duktus air mata. Keadaan yang meningkatkan penghasilan lendir seperti resdung memang boleh menyebabkan masalah ini. Ia juga boleh membuatkan mata berair dan berlendir.
Namun, beberapa penyakit lain yang juga boleh menyebabkan tahi mata lebih banyak adalah:
- Conjunctivitis
- Jangkitan bakteria
- Trauma pada mata
- Duktus air mata tersumbat
- Benda asing pada mata.
Resdung merupakan masalah penyakit yang tidak serius. Namun, ia boleh mengganggu aktiviti seharian. Memandangkan tiada sejarah kesihatan terperinci, kami tidak dapat memberi nasihat perihal rawatan atau diagnosis tepat mengani resdung anda.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.
Kami sarankan agar masalah ini rijuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.