
rosminarosmina678
2 tahun
Mata berair pedih gatal dan sakit
Anak saya berumur 9 tahun sakit mata berair kerana masuk habuk, ketika tido dlm bilik
yg berkelambu dirumah saya,mula2 merah dua hari lepastu berair dh lima hari,saya cuma titiskan ubat mata ‘nicol’ dh 7 hari,kelmarin pergi klinik dpt ubat nicol jugak,x lega jugak pedih gatal sakit dia kata pada saya, kadang2 airmata meleleh je masa kat sekolah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya
Alahan –Anak anda mungkin mempunyai alahan kepada habuk, debunga atau asap
Ubat titis mata itu sendiri- Akibat dari tindakan kimia
Saluran air mata tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.