
nurulsolha3
5 tahun
Mata berair setiap malam
Sy gadis yang berusia 19 tahun …setiap mlm semasa nak lelapkan mata … Air mata akan bergelinang dengan sendirinya … Sy tdak memikirkn ap2 moments yg mnyedihkn … Sy mmpunyai allergies pd seafood walaupon sy dh makan ubat or avoid dri ambil seafood ia ttap trjadi … Ia bukanlah perkara baru malah dh brtahun2 …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, mata berair boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Terkait dengan tekanan emosi
- Reaksi atau tindak balas mata terhadap mata kering
- Masalah keradangan
- Akibat perparitan saluran mata yang bermasalah
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.