
azfarsarah
3 tahun
Mata berkedip dan bengkak
Dalam 3 hari ini, mata kiri saya asyik berkedip saja. Dan hari ini saya perasan mata saya bengkak di kelopak atas bahagian tepi mata. Mata pun tetap berkedip. Patut ke saya risau dan berjumpa doctor? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak penyakit yang menyebabkan gejala seperti di atas. Antaranya adalah:
- Kalazion
- Contact dermatitis
- Bekas gigit serangga
- Atopic dermatitis
- Septal atau orbital cellulitis
- Angioedema
- Kanser
Berdasarkan senarai di atas, ini hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan diagnosis atau rawatan tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Untuk pertanyaan lanjut, kami sarankan adar ia dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Kami harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.