
isyasulaiman1998
5 tahun
Mata bernanah dan merah
Saya wanita berumur 21 … Pada 26/10/2019 mata saya gatal2 dan pedih … 27/10/2019 saya pergi klinik dan doktor bagi saya ubat titis antibiotik … 30/10/2019 mata saya semakin merah dan banyak nanah … Apa yang patut saya buat ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Konjunktivitis
- Alahan
- Autoimun
- Trauma
Memandangkan anda telah berjumpa doktor mata, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kemungkinan besar antibiotik tersebut tidak sesuai dengan kuman yang menyerang mata anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.