
nurafifi259
5 tahun
Mata berpinar dan gelap pada suatu ketika
Saya tidak tahu mengenai simptom adakah kerana migrain kerana kepala di bahagian kiri berasa cekang dan sakit apabila saya tunduk.Dan mata berpinar menyebabkan saya tiba-tiba terduduk seketika dan rasa gelap.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara penyebab simptom anda adalah:
- Migrain
- Anemia
- Hypertension
- Masalah sinus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.