
yanafiras9415
5 tahun
Mata Besar Sebelah dan seperti mahu terkeluar
sy mempunyai masalah mata yang tidak sama saiz dan besar sebelah.Mata kiri saya agk terjojol dan seperti nak terkeluar berbanding mata kanan,selain itu mata saya yg besar itu kadang2 menjadi gatal tanpa sebab sehingga menjadi merah dan berair…Boleh saya tahu punca dan cara penyelesaian nya ? Di sebabkan ini saya menjadi kurang yakin apabila bercakap atau melihat orang kerana malu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, berkenaan dengan gejala mata anda, adalah sukar untuk kami membuat sebarang kesimpulan tanpa membuat pemeriksaan dan melihat sendiri keadaan amata anda. Selain itu, bahagian mata adalah organ yang sensitif. Maklumat lanjut tentang gejala yang anda alami ini adalah amat diperlukan bagi membuat diagnosis yang tepat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini ke klinik terdekat atau mengunjungi pakar mata bagi mendapatkan rawatan yang tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.