
Sulit
2 tahun
Mata gatal dan ada tompok koko di bahagian putih
Hi doktor. Mata saya gatal dan berair dan ada tompok koko di bahagian putih mata saya. Dan tompok ni semakin banyak. Mata saya boleh bukak tapi gatal. Ubat apakah yang perlu saya ambil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya
- Jangkitan Virus dan Bakteria
- Reaksi alahan
- Ubat titis mata - akibat dari tindakan kimia
- Saluran air mata tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.