
Sulit
5 tahun
Mata Hitam yang berterusan
Assalamualaikum dr. Saya seorang perempuan yang telah lama memakai cermin mata. Soalan saya adalah adakah penggunaan cermin mata membuatkan timbulnya lingkaran gelap bawah mata? Apakah yang membuatkan hal tersebut berlaku? Bagaimana untuk mencegah dan mengurangkannya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kesahihan kawasan bawah mata menjadi gelap akibat daripada penggunaan cermin mata yang lama tidak dapat diberikan. Namun, anda boleh menggunakan timun dan letak di sekeliling mata untuk mengurangkan masalah tersebut. Antara cara lain ialah dengan mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya dan mencuci muka dengan kerap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.