
Sulit
3 tahun
Mata Kabur dalam beberape saat
saya wanita 30an sering kabur mata dalam beberape saat dan akan kembali sedia kala semuala dengan kerap. Doktor mengesahkan saya menghidap anxiety, Depression & panic attack. Saya consume ubat antidepress dan ubat tidur setiap hari. adakah normal keadaan kabur penglihatan atau perlu rawatan?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Kemasukan objek asing atau debu
- Katarak - akibat diabetes yang tidak terkawal
- Glaukoma
- Jangkitan mata seperti uveitis atau scleritis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.