
Sulit
3 tahun
Mata Kabur Sebelah Kiri
Masa buat spec baru dalam setahun lepas, macam biasa check power then proceed to masuk bilik and test lens dekat mata according to my current power. The problem is, mata kanan saya okay which mean power tu betulla, but not for my left-eye. Mata kiri masih kabur walaupun pakai lens yang accordingly set to the result of the eye test earlier. Now sekarang still lagi living with one eye je yg clear after pakai spec, yes if open both eye, penglihatan jadi mcm biasa but still rasa something off la.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah mata kabur pada sebelah kiri sahaja dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala penglihatan kabur pada satu mata sahaja boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Rabun
- Migrain
Namun ia juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Uveitis
- Iritis
- Katarak
- Keradangan saraf optik
- Tumor menghimpit saraf optik
- Kencing manis
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.