Sulit
3 tahun
Mata kemerahan dan pedih apabila berada ditempat tertutup
Saya berumur 22 thn…saya ingin bertnya adakah biasa jika mata kemerahan dan pedih bila berada ditempat tertutup seperti di mall?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Secara umum, mata merah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perdarahan subkonjunktiva (lapisan mata)
- konjunktivitis
- glaukoma
- ulser kornea
- uveitis
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.