
amiraazmi379
6 tahun
Mata kiri ank kecil
Asslam haii sy amira ingin bertyakan maslah.mata ank saya…baby sy berusia 4bulan lbh…sy perasan yg mata kri nya agak kecil @ sepet dr mata kanan…adakah ianya berbahaya dan apa yg patut sy lakukan…sy ade bertya dgn dokter tp dokter kata itu normal tapi hati sy tetap rsau ianya bkekaln kecil smpi baby dy besar

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, ptosis/mata sepet berlaku disebabkan oleh masalah terhadap otot yang bertanggungjawab menaikkan kelopak mata atau sarafnya (saraf oculomotor bagi “levator palpebrae superioris” dan saraf simpatetik bagi “superior tarsal muscle). Ia lebih biasa terjadi pada warga tua, kerana otot pada kelopak mata mungkin mula lemah. Walau bagaimanapun, seseorang boleh dilahirkan dengan mata sepet. Congenital ptosis adalah bersifat keturunan dan wujud dalam tiga bentuk dan puncanya masih tidak diketahui.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti gambar mata anak dan latar belakang status kesihatan anak. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang lebih tepat.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih