Sulit
2 tahun
Mata kiri menjadi kabur dan pedih
Saya lelaki berumur 22 tahun mata sebelah kiri menjadi kabur dan pedih selepas minggu dan ada dtg jumpa doctor untukendapatkan rawatan mata .doctor prescribe ubat titis mata iaitu chloramphenicol dan eye ointments chloramphenicol ada ubat d gunakan habis tpi mataenjadi makin teruk. Adakah saya akan menjdi buta?
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kepedihan dan kaburan mata kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata
- Penggunaan ubat titik pada mata
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.