
Sulit
5 tahun
Mata kuning, kerap demam
Abang saya berumur 27 tahun. Dia kerap sangat demam, mata kuning, air kencing juga kuning. Bila buat test darah dokter kata berkemungkinan sel darah merah cepat pecah. Adakah ini berkaitan dengan leukemia? Apakah simtom leukemia ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pihak kami tidak boleh mengulas penyakit yang dihadapi oleh abang anda tanpa memiliki laporan kesihatan dan keputusan darah.
Mata kuning boleh disebabkan oleh pelbagai faktor:
- Penyakit Darah Kongenital; Sickle cell
- Penyakit Genetik; G6PD (Ahli keluarga lebih-lebih lagi lelaki berisiko)
- Penyakit Hati (Cirrhosis, Virus Hepatitis, Hati berlemak; obesiti)
- Penyakit kanser Darah; Leukemia
Leukemia ialah penyakit kanser darah. Simtom pesakit termasuk:
- Demam
- Hilang berat badan
- Badan mudah untuk lebam
- kerap menghidapi jangkitan kuman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.