Sulit
3 tahun
Mata menjadi kabur disebelah kiri tanpa sebab dan rasa sakit . hanya kabur di bahagian tengah perlihatan mata
saya wanita berusia 18 tahun sedang menduduki peperiksaan spm dan saya dapati ketika peperiksaan sedang berjalan , mata saya menjadi kabur sebelah dan kekal sehingga hari ini . hal ini telah terjadi hampir seminggu dari hari yg saya dapati saya kabur sebelah . mata saya tidak berasa sakit langsung dan masih dapat melihat cuma dia kabur dibahagian tengah mata . apa solusi dan kesan sampingannya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata kabur sebelah kiri. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
- strok
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata yang semakin meningkat atau rabun dekat yang baru
- Penggunaan ubat titik pada mata
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.