Sulit
2 tahun
Mata Merah,ada benjolan seperti nanah di bahagian mata putih
Saya wanita berusia 21 tahun,sudah 3 hari mata saya merah dan ada macam nanah di bahagian mata kiri saya. Saya menyedari mata putih saya ada seperti ulser ianya tidak menyakitkan dan saya tidak pernah menyentuh bahagian mata putih itu, adakah ianya berbahaya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Konjunktivitis
- Alahan
- Mata Kering
- Kecederaan pada mata
- Jangkitan mata
- Uveitis
- Ulser Kornea
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.