
Sulit
5 tahun
Mata merah sejak kecil
Saya 25 tahun , saya ada masalah mata merah sejak kecil lagi . Saya tidak ada masalah macam gatal , sakit mata dll.Cuma mata saya merah. Saya ingin mengetahui apakah puncanya dab bagaimanakah saya ingin menghilangkannya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara soalan-soalan yang perlu ditanya adalah seperti jika terdapat gangguan penglihatan ataupun tidak? Adakah mata anda pernah mengalami kecederaan atau jangkitan kuman?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.