
Sulit
4 tahun
Mata mula mula membengkak dan selepas bengkak surut ada biji
selamat sejahtera dokter, saya berumur 18 tahun , kelopak mata saya pada mulanya ia membengkak , seterusnya apa bila bengkak surut , satu benjolan di hujung mata terjadi , apakan penyakit itu dan bolehkan ia sembuh dengan sendiri , saya juga telah mendapatkan rawatan dengan klinik yang berdekatan dan diberikan antibiotik dua jenis . terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa mata anda boleh menjadi bengkak:
- Selulitis mata; radang pada tisu yang mengelilingi mata
- Ketumbit atau stye
- Radang kelopak mata
- Konjunktivitis
- Chalazion
- Reaksi alahan atau alergi
Ini hanyalah pandangan kami mengapa anda mengalami masalah mata bengkak.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Untuk menjawab soalan anda, benjolan itu boleh beransur sembuh dengan sendiri sekiranya anda mengikut arahan doktor dan menggunakan ubat yang diberi.
Jika anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Terima kasih.