
Sulit
4 tahun
Mata puith (sclera) kena cakar kucing
hi doktor, saya ada pertanyaan mengenai mata, minggu lepas anak saya berumur 4 tahun dicakar kucing di mata dan terkena bahagian sclera berdekatan tear duct tetapi tidak terkena mata hitam, akibat cakaran tu terdapat garisan koyakan pada mata putih…sudah ke klinik dan diberi antibiotik dan anti radang namun setelah 5 hari terdapat kesan seperti benjolan warna putih selepas koyak pada mata putih tu, saya risau adakah mata anak saya boleh kembali kepada bentuk asal? atau saya perlu refer pada pakar mata?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang terjadi pada mata putih anak anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang merawat anak anda untuk mendapatkan pendapat dan informasi lebih lanjut dan tepat mengenai masalah mata yang dihadapi. Pihak hospital atau klinik mempunyai kemudahan yang lebih untuk merawat mata anak anda dengan lebih efektif.
Gejala benjolan warna putih pada mata anak anda boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Proses pemulihan - sel-sel darah putih akan berkumpul di kawasan kecederaan bagi mempercepatkan penyembuhan tisu
- Chemosis - Jangiktan kuman pada bahagian konjunktiva mata
- Scleritis - penyakit keradangan sklera. (bahaya. sila berjumpa dengan doktor anda dengan secepat mungkin)
- Keratitis - penyakit keradangan kornea
- Uveitis - keradangan uvea
- Katarak
- Glaucoma
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.