
Sulit
5 tahun
Mata sakit dan merah selepas tengok gadget
Salam doktor, saya wanita berumur 20 tahun. Sejak semalam saya ada rasa sakit mata dan mata saya merah sedikit. Mata saya sakit selepas buat assignment hampir 3-4 jam. Saya da menggunakan ubat titis mata tetapi fungsinya hanya sekejap sahaja. Kepala saya juga berasa sakit berdenyut sikit. Apakah yang saya patut lakukan untuk redakan rasa sakit mata?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mata sakit dan sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Conjunctivitis (mata merah atau mata pedih)- disebabkan jangkitan atau radang di lapisan luar bebola mata anda.
Glaukoma- peningkatan pada tekanan dalam mata yang menyebabkan ketidak selesaan dalam mata dan menyebabkan berlakunya sakit mata.
Penggunaan kanta mata- sekiranya berlaku sebarang jangkitan pada kornea akibat kanta mata tersebut maka ianya boleh menyebabkan sakit mata.
Trauma kepada bebola mata
Sekiranya sakit mata yang anda maksudkan itu adalah conjunctivitis, ia selalunya mengambil masa 1-2 minggu untuk sembuh sekiranya tidak dirawat dengan aktif.
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.