
Sulit
3 tahun
Mata saya kabur selepas bagun tidur
Saya wanita 22 tahun saya ingin bertanya…selepas saya bagun tidur mata saya sebelah nampak kabur kenapa ya… apa yang perlu saya buat … saya tidur baru sedar sebelah mata saya tidur tertindis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah mata kabur selepas bangun. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mata kabur apabila bangun boleh dikatakan normal. Namun, ada kalanya ia boleh disebabkan oleh masalah lain seperti :
- Mata kering
- Alahan pada mata
- Tidur dalam posisi muka di bawah
- Masalah kencing manis
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Tidur dengan memakai kanta lekap
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekira masalah ini berpanjangan. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor pakar mata kami supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.