
Sulit
3 tahun
Mata saya naik ke atas dan mata bergerak sendiri
Saya ada masalah mata naik ke atas. Bila mata saya nak naik ke atas dan saya tak boleh nak kawal mata saya turun ke bawah. Mata saya seperti bergerak sendiri.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah mata anda. Kami akan cuba membantu anda.
Keterangan yang anda berikan tidak cukup untuk kami membentuk diagnosis yang tepat untuk anda. Secara umumnya, masalah nystagmus anda boleh disebabkan oleh :
- Faktor genetik
- Masalah mata seperti juling, atau strabismus
- Kecederaan pada kepala atau muka
- Masalah neurologi seperti strok
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar mata supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.