
Sulit
4 tahun
Mata saya terlena lampu suluh berkuasa tinggi. Mata kiri saya mengalami berair Dan kabur
Saya lelaki berkahwin berumur 28 tahun pada 2020 . Semalam saya ada terkena lampu suluh berkuasa tinggi , akibat peristiwa itu mata kiri saya mengalami berair dan kurang jelas. Adakah kesan dari lampu suluh. Docter ada tak cara lain untuk merawat mata saya. Apa cara untuk saya lakukan dan cara terbaik untuk merwat mata . Terima kasih docter.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah anda. Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan masalah yang anda sedang hadapi:
- Masalah retina
- Eye strain disebabkan mata tertumpu pada cahaya yang terang
- Jangkitan mata
- Trauma pada mata
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum. Anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca anda mengalami masalah sedemikian dan rawatannya bergantung pada puncanya. Kami tidak dapat memberi kata putus mengenai rawatan untuk masalah anda. Saranan kami ialah anda perlu berjumpa dengan doktor segera disebabkan anda menyatakan penglihatan anda terganggu dan kami bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih serius.
Jika anad mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.