Sulit
3 tahun
Mata sebelah kanan kabur
Saya wanita berumur 43 tahun,saya ada penyakit 3 selangkai,debetis,darah tnggi,kencing manis…,mata sebelah kanan kabur,ada kah ni ada masalah dgn penyakit saya?bila mata saya kabur kepala saya terasa pening sekali…kenapa tu doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata sebelah kanan yang kabur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
- strok
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata yang semakin meningkat atau rabun dekat yang baru
- Penggunaan ubat titik pada mata
Memandangkan adanya risiko yang berkaitan dengan sejarah kesihatan anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor. Hal ini kerana untuk memberikan rawatan yang tepat, punca haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.