
Sulit
4 tahun
Mata sebelah kiri mengalami masalah tekanan tinggi di sah kan oleh doktor mengalami gloucoma dimana kerosakan pada saraf di belakang mata yg mengakibatkan sudut pandangan mata semakin mengecil
Apa kah perbezaan antara ubat Timoptol dan Timo Comod dari segi kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat2 tersebut dan manakah satu ubat yang lebih berkualiti adakah ubat-ubat ini mengandungi bahan preservevatif atau sebalik nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Atara kedua ubat di atas, Timo-COMOD tidak mengandungi pengawet manakala timoptol mengandungi pengawet. Berikut merupakan bahan yang terdapat dalam kedua produk tersebut.
Timo-COMOD
- Bahan aktif: Timolol maleate
- Bahan tidak aktif: Sodium dihydrogen phosphate dihydrate, sodium hydrogen phosphate dodecahydrate, air untuk suntikan
Timoptol
- Bahan aktif: timolol maleate)
- Bahan tidak aktif: Gellan gum, tromethamine, mannitol dan air untuk suntikan
- pengawet: Benzododecinium bromide
Untuk mengetahui ubat yang lebih sesuai untuk anda, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukana. Selain itu anda bolehklik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami bagi mendapatkan nasihat. Terima kasih.