
Sulit
4 tahun
Mata sebelah kiri merah
Mata sebelah kiri merah…bila kena cahaya terasa perit dan rasa pening…bila kena cahaya terasa perit dan pening…ape yg perlu sy buat dktr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit mata.
Untuk makluman anda, mata merah boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Alahan
- Mata yang penat
- Jangkitan kuman pada mata
- Penggunaan contact lens yang berpanjangan
- Keradangan uvea
- Glaucoma
Sakit mata mudah terjadi? Jangan biar ia menganggu anda
Setiap penyakit di atas memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik. Situasi dimana anda sakit mata dan pening di bawah pancaran matahari dikenali sebagai photophobia. Fobia ini mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- keradangan konjunktivitis
- ulser pada kornea mata
- uveitis
- katarak
- meningitis
Pakar mata sedia membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.