
Sulit
5 tahun
Mata silau yang menyebabkan sakit telinga kiri yang kronik dan kepala sebelah kiri yang terlalu sakit
Isteri saya mengalami silau mata yang kronik.
Bila silau telinga kiri akan menjadi terlalu sakit & kepala sebelah kiri juga menjadi sakit.
Boleh tak doktor terangkan apakah simpton tersebut
Dan bagaimana cara mengatasinya.
Terimakasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah silau mata isteri anda ini boleh disebabkan:
- Rabun jauh
- Astigmatism
- Jangkitan mata
Silau mata tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gejala sakit telinga. Namun, ia boleh berkaitan dengan masalah sakit kepala.
Bagi gejala sakit telinga, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada telinga
- trauma
- nanah pada telinga
Isteri Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan mata pada kedai cermin mata dahulu dan sekiranya masalah ini boleh diselesaikan dengan pemakaian kaca mata khas. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan optometri dan mendapatkan pemeriksaan mata segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.